OnePlus 3 Diperkenalkan Secara Rasmi Dengan Snapdragon 820 Dan 6GB RAM

OnePlus 3 Diperkenalkan Secara Rasmi Dengan Snapdragon 820 Dan 6GB RAM

Diterbitkan pada June 15, 2016 oleh .

Selepas pelbagai lambakan ketirisan hadir ke arena web, hari ini OnePlus secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu OnePlus 3.

OnePlus 3 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 820, GPU Adreno 530, ruangan storan sehingga 64GB dan menariknya turut menyertakan memori sehingga 6GB RAM. OnePlus membawakan rekaan yang tidak begitu beza berbanding pelbagai peranti lain di pasaran, tetapi membezakan mereka adalah sebuah butang pada bahagian tepi untuk mengawal profil bunyi dengan mudah.

OnePlus 3

OnePlus 3 menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, serta pengimbas cap jari pada bahagian hadapan. Menjana peranti ini adalah Oxygen OS berasaskan Android Marshmallow – tanpa sebarang penambahan antaramuka drastik seperti beberapa pengeluar lain.

Untuk rakaman gambar, OnePlus 3 menggunakan kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan penstabilan optikal dan PDAF serta kebolehan rakaman 4K. Untuk rakaman selfie, ia hadir dengan kamera 8-megapixel.

Pada bahagian bateri, ia hanya hadir dengan bateri 3000mAh, tetapi dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas dinamakan Dash Charge.

OnePlus 3 akan dijual pada harga $399 (~RM1640), dan buat pertama kalinya ia ditawarkan tanpa keperluan sebarang emel jemputan. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya.


TIPS & ULASAN