Di acara E3 PlayStation menunjukkan kemampuan PlayStation VR kepada pengguna secara besar-besaran. Terdapat ruang khas untuk PS VR dibuka kepada pengunjung oleh Sony. Di dalam acara yang sama Microsoft tidak pula mengumumkan peranti realiti maya yang bakal digunakan dengan Project Scorpio. Konsol terbaru mereka ini dijangka hadir tahun hadapan dengan kemampuan grafik 4K dan menyokong paparan realiti maya.
Phil Spencer, ketua bahagian Xbox di Microsoft mengesahkan pihak mereka tidak akan menghasilkan peranti realiti maya mereka sendiri seperti Sony. Sebaliknya ia bakal menggunakan peranti realiti maya yang sedia ada di pasaran. Ini menguatkan lagi ura-ura bahawa kemungkinan besar bole digunakan bersama Oculus Rift dan mungkin juga Vive. Project Scorpio akan menggunakan sistem operasi terkini yang berasaskan Windows 10. Kedua-dua Vive dan Rift disokong oleh Windows 10. Sekiranya ini benar-benar berlaku ia mungkin memberikan kelebihan kepada Microsoft di dalam peperangan realiti maya pada platform konsol.