Logitech Menaja Pasukan LoL Tempatan – Turut Hadir Dengan Siri G Terbaru

Logitech Menaja Pasukan LoL Tempatan – Turut Hadir Dengan Siri G Terbaru

Diterbitkan pada June 15, 2016 oleh .

Dunia E-Sukan adalah industri yang dahulunya dipandang enteng dan membuang masa, namun saban hari dunia ini semakin aktif, malah mempunyai sokongannya yang tersendiri, baik dari atlit, jenama dan pihak berwajib. Pada hari ini Logitech Malaysia telah mengumumkan penajaan terhadap sekumpulan atlit e-Sukan, dan memperkenalkan beberapa peranti khusus untuk permainan.

Permainan League of Legends merupakan satu permainan yang popular dan kerap kali menjadi permainan yang dipertandingkan. Salah satu kumpulan pemain tempatan iaitu KL Hunters, yang juga berada dalam kedudukan 100 tertinggi di seluruh dunia. Melalui penajaan ini, pemain-pemain KL Hunters akan menggunakan peranti Logitech, selain menerima sokongan dari mereka.

Logitech -IMG_0021

Logitech -IMG_0059

Pada pengumuman ini Logitech Malaysia turut memperkenalkan peranti permainan terbaru yang turut digunakan oleh pemain-pemain KL Hunters. Tetikus terbaru merupakan Logitech G900 Chaos Spectrum yang mempunyai kadar maklumbalas ( report rate) selaju 1 milisaat. Peranti fon kepala yang terbaru adalah Logitech G633 Artemis Spectrum yang hadir dengan rekaan bergaya, dan mikrofon yang mampu membuang bunyi bising yang lain. Satu lagi peranti yang diperkenalkan adalah papan kekunci Logitech G810 Orion Spectrum RGB yang juga merupakan papan kekunci mekanikal berjenis Romer-G yang lebih kukuh dan sesuai digunakan buat pemain.

Produk ini telah hadir ke pasaran tempatan dan tetikus Logitech G900 Chaos Spectrum dijual pada harga RM 699 dan fon kepala Logitech G633 Artemis Spectrum Headset dijual pada harga RM 559. Papan kekunci mekanikal Logitech G810 Orion Spectrum RGB pula dijual pada harga RM 799. Harga kesemua peranti tersebut adalah termasuk GST.


TIPS & ULASAN