Permainan Popular Fruit Ninja Bakal Ditawarkan Untuk Dimainkan Dalam Realiti-Maya

Permainan Popular Fruit Ninja Bakal Ditawarkan Untuk Dimainkan Dalam Realiti-Maya

Diterbitkan pada June 15, 2016 oleh .

Fruit Ninja merupakan salah satu permainan popular pada peranti mudah-alih, dan terkini pembangunnya telah mengumumkan versi terbaru permainan berkenaan yang bakal hadir untuk platform realiti-maya, dan dinamakan sebagai Fruit Ninja VR.

Fruit Ninja VR

Fruit Ninja VR akan mengekalkan bentuk permainan asal, dan pengguna perlu memotong buah menggunakan alat kawalan bersama-sama set realiti-maya. Tidak mustahil juga kita melihat permainan ini popular dikalangan mereka yang ingin bersenam secara interaktif melalui penggunaan permainan.

Fruit Ninja VR akan ditawarkan untuk HTC Vive dan Oculus Rift pada bulan ini, sementara ia akan hadir ke PlayStation VR dan Google Daydream pada penghujung 2016 ini.


TIPS & ULASAN