Xiaomi sebelum ini telah sedia memperkenalkan Redmi 3 dan juga Redmi 3 Pro. Terkini, menambah satu lagi peranti dibawah keluarga Redmi 3 adalah Redmi 3s, yang hadir dengan rekaan yang lebih kurang sama seperti versi Redmi 3 asal.
Xiaomi Redmi 3 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci pada resolusi HD, dan menggunakan antaramuka MIUI. Seperti versi asal, ia hadir dalam pilihan memori 2GB RAM/16GB storan atau 3GB RAM/32GB storan. Ia dilengkapi bateri berkapasiti 4100mAh, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.
Membezakan peranti ini dengan versi asal adalah penggunaan cip pemprosesan, iaitu Snapdragon 430 berbanding versi asal yang menggunakan cip Snapdragon 616. Ia hadir dengan kuasa pemprosesan sedikit rendah, tetapi dilengkapi sokongan grafik dan modem LTE yang lebih terkini.
Pada bahagian belakang peranti ini juga turut disertakan pengimbas cap jari untuk sokongan sekuriti tambahan.
Di China, Xiaomi Redmi 3s ini dijual pada harga RMB699 (~RM435).