Cari @ Amanz

Yes, salah satu syarikat telekomunikasi terkemuka hari ini telah menyertai Samsung dalam memperkenalkan peranti Galaxy J 2016, dan pada masa yang sama berkongsi beberapa kemaskini berkaitan syarikat mereka. Menurut Yes, kini rangkaian 4G LTE dan Wimax mereka meliputi 85% kawasan berpenduduk di Malaysia, sekaligus menjadikan mereka sebagai salah satu penyedia telekomunikasi dengan liputan terluas di Malaysia.

Yes 4G LTE

Pada masa yang sama, Yes turut mengumumkan mereka bakal hadir dengan penawaran data tambahan sehingga 12GB untuk pelanggan sedia ada mereka bermula daripada bil akan datang – dan ia ditawarkan secara percuma. Bilangan penambahan data yang ditawarkan mungkin berbeza mengikut pelan yang dilanggan. Yes turut menekankan mereka akan mengumumkan lebih banyak perkara berkaitan promosi dan tawaran tambahan kepada pelanggan sedia ada pada 30 Jun kelak. Yes juga mengatakan kini semua stesen pemancar mereka telah tersedia dengan sokongan VoLTE dan menawarkan panggilan suara pada kualiti definisi tinggi.

Yes 4G LTE

Bersama-sama pengenalan Galaxy J 2016 juga, pihak Yes kini menawarkan kad SIM mereka, yang boleh digunakan pada sejumlah peranti yang menyokong rangkaian tersebut. Ini juga memberikan lebih kebebasan kepada pengguna untuk mendapatkan peranti lain dan tidak perlu mengusung MiFi seperti sebelum-sebelum ini.

Yes 4G LTE

Yes 4G LTE

Dengan pelbagai perkara baru yang mula diimplementasikan pada rangkaian mereka, Yes menjadualkan acara media mereka pada 30 Jun kelak, dan dijangka berkongsi mengenai pelan baru mereka pada tarikh tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd