OnePlus Akan Memfokuskan Kepada Satu Siri Sahaja – Tiada Lagi Siri OnePlus X

OnePlus Akan Memfokuskan Kepada Satu Siri Sahaja – Tiada Lagi Siri OnePlus X

Diterbitkan pada June 15, 2016 oleh .

OnePlus sebelum ini telah hadir dengan OnePlus X, peranti yang menawarkan spesifikasi sedikit rendah, sekaligus menyasarkan pasaran yang lebih luas berbanding siri utama mereka. Walaubagaimanapun, kini, bergerak ke hadapan, pihak OnePlus mengatakan mereka hanya akan fokus terhadap satu siri sahaja.

OnePlus X Device20160127_134508

Selepas ini, OnePlus akan lebih memfokuskan kepada siri utama mereka sahaja, dan tiada lagi siri lain dibawah mereka. Ia tidak diketahui mengapakah pihak OnePlus mengambil langkah ini, memandangkan OnePlus X sebelum ini menerima pelbagai maklumbalas positif daripada pengguna seluruh dunia.

Walaupun tiada siri telefon baru, sebaliknya pihak OnePlus akan hadir dengan beberapa aksesori lain dibawah jenama mereka. Mungkin juga pihak OnePlus mengambil langkah ini dalam usaha memenuhi permintaan peranti mereka – yang kini tidak lagi menggunakan sistem jemputan seperti sebelumnya.

OnePlus 3 merupakan peranti terbaru yang telah dilancarkan oleh pengeluar berkenaan – dimana ia hadir dengan cip Snapdragon 820 dan juga memori sehingga 6GB RAM.


TIPS & ULASAN