Cari @ Amanz

HTC Malaysia terkini telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar berspesifikasi pertengahan dibawah keluarga Desire untuk pasaran tempatan, iaitu HTC Desire 628. Ia hadir dengan sokongan dwi-SIM, dan pada masa yang sama turut menyertakan beberapa ciri-ciri popular daripada HTC.

HTC Desire 628

HTC Desire 628 Dual turut hadir dengan sokongan BoomSound bagi membolehkan pengguna menikmati audio yang baik ketika menggunakan set kepala. Disamping itu, ia turut menggunakan antaramuka HTC Sense, serta memberikan kebebasan kepada pengguna untuk mengubah paparan melalui penggunaan HTC Themes.

Dari segi spesifikasi, HTC Desire 628 Dual hadir dengan skrin 5-inci dengan paparan 720p, dijana menggunakan cip pemprosesan lapan-teras 1.3GHz, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Pengguna masih boleh memperluaskannya mengunakan kad mikro-SD sehingga 2TB.

Untuk rakaman gambar pula, ia hadir dengan kamera utama 13-megapixel, dan kamera selfie 5-megapixel. Pengguna disediakan dengan bateri berkapasiti 2200mAh.

HTC Desire 628 Dual hadir dalam dua pilihan warna, iaitu putih dan biru, dan dijual pada harga RM799.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd