Fleksy Yang Popular Dengan Aplikasi Papan Kekunci, Diambil-Alih Oleh Pinterest

Fleksy Yang Popular Dengan Aplikasi Papan Kekunci, Diambil-Alih Oleh Pinterest

Diterbitkan pada June 16, 2016 oleh .

Fleksy merupakan salah satu papan kekunci yang popular pada peranti mudah-alih, malah mereka juga merupakan antara pembangun yang menawarkan papan kekunci untuk mereka yang mempunyai masalah penglihatan. Hari ini, ia diumumkan Pinterest akan mengambil-alih pasukan Fleksy.

Fleksy

Pinterest dikatakan memfokuskan dalam usaha memberikan pengalaman mudah-alih yang sangat baik kepada pengguna, dan pasukan Fleksy akan dapat membantu dalam usaha berkenaan. Bagi yang tidak mengenali akan laman Pinterest, ia merupakan salah satu laman popular membolehkan pengguna menyimpan gambar atau rujukan web untuk koleksi dan dilihat kembali pada masa akan datang. Pinterest juga turut ditawarkan dalam sokongan bahasa Malaysia.

Nilai pengambil-alihan tidak diumumkan. Fleksy turut berkongsi mengatakan aplikasi papan kekunci mereka masih akan ditawarkan melalui kedai aplikasi, dan mereka juga akan mengambil langkah untuk menawarkan beberapa komponen dibawah lesen sumber terbuka tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN