Carian
Membuang Aplikasi Pada iOS 10 Tidak Nyah-Pasangnya Secara Keseluruhan
June 16, 2016 Aman

Apple pada minggu ini telah memperkenalkan iOS 10 yang bakal hadir kepada semua peranti tidak lama lagi. Salah satu fungsi baru pada iOS 10 adalah kebolehan untuk membuang aplikasi – salah satu perkara yang diminati ramai memandangkan bukan semua aplikasi yang hadir terbina pada iOS yang digunakan semua.

Walaubagaimanapun, kini ia diterangkan yang mana membuang aplikasi berkenaan pada peranti tidak nyah-pasangnya secara keseluruhan. Sebaliknya, ia hanya membuang daripada Homescreen dan juga data pengguna yang dikaitkan dengan aplikasi berkenaan.

Fail utama untuknya akan terus tersimpan pada peranti, dan akan diaktifkan kembali apabila pengguna memilih untuk memuat-turunnya daripada AppStore. Ia dikatakan perkara ini dilaksanakan bagi tujuan sekuriti.

Kebolehan untuk membuang aplikasi ini hadir pada iOS 10 yang mana hanya ditawarkan kepada para pembangun sahaja buat masa ini. Apple disasarkan memperkenalkan ia kepada semua pengguna sekitar bulan September atau Oktober kelak.

Komen