Cari @ Amanz

Facebook hari ini telah mula memperkenalkan rekaan Messenger baru kepada semua pengguna, dimana kini halaman utama Facebook Messenger pada peranti mudah-alih bukan sahaja memaparkan senarai chat terkini, tetapi juga turut menawarkan beberapa maklumat tambahan.

Melalui rekaan terkini, Facebook Messenger kini memperlihatkan sekitar empat ke lima chat terkini, dan ia diikuti dengan memperlihatkan senarai rakan-rakan rapat anda yang sering dihubungi melalui Messenger. Ini membolehkan anda memulakan chat baru dan berhubung dengan mereka serta-merta.

Facebook Messenger

Selepas itu, bahagian yang seterusnya yang kini turut disertakan pada Messenger adalah memperlihatkan senarai rakan-rakan dengan tarikh lahir terdekat – sekaligus membolehkan anda menghantar ucapan menggunakan Messenger.

Bagi kami sendiri, kami telah melihat kemaskini dan penggunaan antaramuka ini pada Messenger di Android kami sejak beberapa minggu yang lepas. Walaupun ia dilihat ingin membantu pengguna berhubung dengan lebih kerap, namun kami jarang menggunakan pelbagai bahagian yang hadir, dan secara peribadi lebih meminati rekaan yang lama.

Bagi anda, apakah pandangan anda mengenai rekaan baru Facebook Messenger yang ingin mengubah kaedah kita sering menggunakan Inbox pada aplikasi permesejan sebelum ini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd