Alienware Turut Sedang Membangunkan Komputer Galas Untuk Realiti-Maya

Alienware Turut Sedang Membangunkan Komputer Galas Untuk Realiti-Maya

Diterbitkan pada June 17, 2016 oleh .

Dengan perkembangan arena realiti-maya, salah satu perkara yang turut mula dikeluarkan oleh pengeluar komputer adalah komputer galas. Sebelum ini, kita telah melihat komputer galas daripada MSI, HP dan juga Zotac. Terkini, pihak Alienware yang dimiliki Dell turut memperlihatkan komputer galas mereka.

Alienware VR Backpack

Buat masa ini, komputer galas daripada Alienware ini masih pada peringkat prototaip, dan mereka bekerjasama dengan AMD untuk membangunkannya. Seperti komputer galas lain, ia turut memfokuskan kepada kebolehan menikmati pengalaman realiti-maya tanpa wayar, sekaligus menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Alienware akan memperkenalkannya, dan berapakah harga jualannya kelak.


TIPS & ULASAN