Pelayar Web Opera Untuk Android, iOS Dan Windows Phone Kini Menyertakan Sokongan Penghalang Iklan

Pelayar Web Opera Untuk Android, iOS Dan Windows Phone Kini Menyertakan Sokongan Penghalang Iklan

Diterbitkan pada June 17, 2016 oleh .

Opera akhir-akhir ini hadir dengan pelbagai fungsi yang memudahkan pengguna dan pada masa yang sama menawarkan pengalaman pelayaran yang baik. Terkini, Opera telah memperkenalkan sokongan penghalang iklan pada Opera Mini di iOS dan Windows Phone, selain pada Opera untuk Android.

Opera Adblock

Opera mengatakan melalui penghalang iklan terbina pada pelayar web mudah-alih mereka, ia menawarkan pegalaman pelayaran yang lebih baik – terutamanya untuk laman web yang sering dipenuhi sejumlah iklan dan mengambil masa yang lama untuk memuatkannya. Perkara ini membolehkan pengguna mengakses laman web dengan lebih pantas, disamping tidak begitu membazirkan data pada peranti mudah-alih mereka.

Bagi anda yang menggunakan Opera Mini pada Android dan iOS, boleh memuat-turunnya hari ini, disamping pengguna Android boleh menikmatinya pada pelayar web Opera untuk Android.

Muat-Turun Opera Mini untuk peranti mudah-alih

Muat-Turun Opera untuk Android


TIPS & ULASAN