Jualan Rasmi Xiaomi Mi5 Ditangguhkan Kepada 25 Jun 2016

Jualan Rasmi Xiaomi Mi5 Ditangguhkan Kepada 25 Jun 2016

Diterbitkan pada June 17, 2016 oleh .

Xiaomi pada minggu ini telah mengumumkan penawaran telefon pintar Xiaomi Mi5 melalui pengedar mereka, Thorus untuk pasaran tempatan. Pada awalnya, Xiaomi menyasarkan untuk memperkenalkan peranti mereka pada 18 Jun 2016 ini. Namun, disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielak, kini hari pertama Xiaomi Mi5 dijual telah diubah kepada 25 Jun.

Xiaomi Mi 5

Xiaomi Mi5 merupakan telefon pintar berspesifikasi tinggi daripada Xiaomi, hadir dengan skrin 5.15-inci, dijana menggunakan cip Snapdragon 820, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Ia turut menyertakan kamera belakang 16-megapixel OIS dan juga kamera hadapan 4-megapixel. Peranti ini hadir dengan rekaan berasaskan kaca dalam memberikan pengalaman penggunaan yang selesa di tangan.

Berbeza dengan beberapa produk Xiaomi lain, Xiaomi Mi5 hanya akan dijual melalui pengedar rasmi mereka, Thorus, dan bukannya melalui web. Bagi anda yang berminat, mungkin boleh nantikan sehingga 25 Jun untuk mendapatkan telefon Xiaomi Mi5 ini daripada kedai berdekatan anda. Di Malaysia, ia dijual pada harga RM1549.


TIPS & ULASAN