Bersempena dengan musim Ramadhan dan Raya ini, pihak Grab (dulu dikenali dengan nama MyTeksi) menawarkan diskaun tempahan sehingga RM6 sekiranya menggunakan perkhidmatan mereka pada penghujung minggu. Promosi ini terhad untuk penggunaan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan juga Johor Bahru, bermula 18 Jun hingga 10 Julai.
Promosi yang ditawarkan oleh Grab ini adalah untuk tempahan GrabCar (Ekonomi), dan diskaun maksima yang diberikan adalah sehingga RM6. Grab mengatakan sebanyak 20,000 perjalanan dengan diskaun ditawarkan untuk ditebus setiap penghujung minggu – dan pengguna perlu menggunakan kod GRABMYWEEKEND. Setiap pengguna hanya boleh menggunakan ia sebanyak 4 kali sahaja sepanjang tempoh promosi ini.
Bagi anda yang sering menggunakan GrabCar, mungkin boleh menggunakan kod diskaun ini, dan menikmati diskaun perjalanan sepanjang penghujung minggu pada musim Ramadhan ini.