Ubisoft Memberikan Permainan Prince of Persia : The Sands of Time Secara Percuma

Ubisoft Memberikan Permainan Prince of Persia : The Sands of Time Secara Percuma

Diterbitkan pada June 18, 2016 oleh .

Ubisoft merupakan salah satu penerbit permainan terkemuka, dan pada tahun ini mereka menyambut ulang-tahun ke-30. Bersempena dengannya, terkini Ubisoft ingin menawarkan satu permainan percuma untuk setiap bulan sepanjang tahun ini.

Ubisoft 30

Untuk bulan Jun ini, mereka menawarkan permainan Prince of Persia : The Sands of Time yang telah diterbitkan pada tahun 2003 yang lepas. Seperti ramai sedia maklum, Prince of Persia menawarkan bentuk permainan aksi yang memerlukan pengguna mengawal watak berkenaan dalam menyelesaikan pelbagai misi.

Untuk memuat-turun permainan ini secara percuma, pengguna perlu mendaftar akaun Uplay terlebih dahulu. Muat-turun percuma ini ditawarkan secara terhad. Bagi anda yang meminati permainan Prince of Persia, mungkin boleh dapatkannya hari ini.

Muat-Turun Ubisoft 30 – Prince of Persia


TIPS & ULASAN