Integrasi Sokongan Chromecast Mula Kelihatan Pada Versi Pembangunan VLC Terkini

Integrasi Sokongan Chromecast Mula Kelihatan Pada Versi Pembangunan VLC Terkini

Diterbitkan pada June 18, 2016 oleh .

VLC Media Player sebelum ini telah menyatakan mereka bakal menawarkan sokongan memainkan media melalui Chromecast pada VLC 3.0 kelak. Terkini, versi pembangunan terbaru perisian berkenaan untuk desktop memperlihatkan penyertaan sokongan tersebut.

VLC Media Player

Pada VLC 3.0 Nightlies yang telah dikeluarkan hari ini, ia memperlihatkan integrasi Chromecast telah mula disertakan pada perisian berkenaan. Walaubagaimanapun, ia tidak menggunakan sebarang ikon Cast yang digunakan oleh Google, sebaliknya perlu melakukan ia melalui beberapa langkah.

Pada VLC 3.0 Nightlies, anda boleh melihat pilihan baru yang dinamakan sebagai Renderer Output pada menu Tools. Sebaik sahaja memilihnya, pengguna akan diperlihatkan dengan peranti Chromecast yang berhubung dengan rangkaian WiFi atau internet anda, dan memilihnya untuk memainkan media.

Buat masa ini, fungsi ini masih tidak boleh digunakan sepenuhnya, atau mempunyai beberapa kekangan ketika menggunakannya. Ini mungkin sesuatu yang dijangka memandangkan ia masih lagi pada peringkat pembangunan dan bukannya versi stabil akhir lagi.

Muat-Turun VLC Media Player Nightlies


TIPS & ULASAN