Hasselblad Bakal Umum Kamera Baru Dibawah Kategori Mirrorless

Hasselblad Bakal Umum Kamera Baru Dibawah Kategori Mirrorless

Diterbitkan pada June 19, 2016 oleh .

Hasselblad buat gempak bulan puasa ini dengan hajat mereka ingin mengumumkan kamera kategori ‘mirrorless‘ terbaharu mereka pada 22hb Jun, Rabu ini. Khabar berita menunjukkan laman Youtube Livestream mereka yang tertera ayat “A game changer in the world of photography” dengan kiraan turun memaparkan bakal diperkenalkan dalam masa kurang tiga hari.

Khabar angin mengatakan kamera Hasselblad terbaharu ini bakal berkongsi sistem lensa dengan sistem H mereka yang terkenal di kalangan pengguna format ‘medium‘. Antara butiran khabar angin juga turut menyebut bahawa kamera ini merupakan sistem ‘mirrorless‘, sangat istimewa, menawan dengan aspek nisbah imej yang berlainan.

Hasselblad memaparkan hanya sebahagian kecil rekabentuk kamera yang bakal diumumkan itu. Dikhabarkan juga bahawa kamera terbaharu mereka ini bakal menampilkan sensor imej yang sama dengan sensor digital CFV-50C mereka dengan platform 50-Megapiksel.

Sejarah pernah membuktikan bahawa Hasselblad pernah tampil dengan kamera filem X-Pan mereka, sebuah sistem yang berasal daripada Fujifilm X-Pan. Adakah sesuatu yang hampir sama bakal terjadi?. Sama-sama kita nantikan.

Hasselblad-X-pan

Harga? Bersabarlah, kitakan sedang berpuasa


TIPS & ULASAN