Cari @ Amanz

Perkara agak mengecewakan di E3 tahun ini ialah tiada langsung demo untuk PlayStation 4 Neo walaupun secara tertutup. Apabila soalan ditanya kepada pihak pengurusan mereka cukup berahsia. Jawapan yang sama diterima apabila bertemu dengan pembangun sendiri. Apa yang diketahui ialah PlayStation 4 Neo adalah lebih berkuasa dan akan memberikan kemampuan grafik sehingga 4K untuk konsol buat pertama kali dalam sejarah.

PlayStation VRKini ura-ura terkini mengatakan ia akan dijual tahun ini dan diumumkan ketika Tokyo Game Show September hadapan. Kemunculannya membenarkan Sony untuk menjual bundle PS4 Neo dan PS VR kepada pelanggan ketika musim perayaan Krismas. Ini memberikan kelebihan awal kepada PS4 Neo kerana konsol Project Scorpio Microsoft hanya akan dijual pada awal 2017. Perang konsol dengan kemampuan 4K dan realiti maya akan dilihat tahun hadapan. Kami sudahpun mengumpul dana untuk membeli PS4 Neo bagi membolehkan kami mengulas permainan terbaru untuk anda di masa hadapan. Persoalannya sekarang adakah perlu menjual PS4 yang dimiliki sekarang ataupun menyimpannya untuk menjadi sebahagian koleksi konsol kami.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd