LG Melancarkan Televisyen Dengan Teknologi Menghalau Nyamuk
LG

LG Melancarkan Televisyen Dengan Teknologi Menghalau Nyamuk

Diterbitkan pada June 20, 2016 oleh .

Televisyen sekarang adalah cukup pintar dan mampu bersambung dengan internet. Terdapat juga model yang mampu memaparkan video 3D serta resolusi UHD. Di India LG melancarkan sebuah lagi televisyen dengan kemampuan unik. Ia mempunyai teknologi menghalau nyamuk secara terbina

LG-Televisyen-Nyamuk-2Sistem audio ultrasonik Mosquito Away digunakan bagi menghalau nyamuk seterusnya memastikan anda dapat menonton tanpa diganggu. Selain daripada itu televisyen 32″ ini turut mempunyai sistem audio Bollywood dan Cricket mood bagi membolehkan pemilik menonton dua rancangan ini dengan kualiti audio yang lebih menarik. Televisyen ini hanya dijual untuk pasaran India buat masa ini pada harga  ₹26550 (~RM 1600) sebuah. Sebenarnya sekiranya ia dijual di Malaysia kami yakin ia turut akan mendapat sambutan yang menggalakkan.


TIPS & ULASAN