Lampu notifikasi bukanlah fungsi penting yang digunakan majoriti pengguna. Ia langsung tidak pernah disokong pada peranti iPhone. Pada peranti Galaxy Note ia adalah yang sudah disokong sejak model pertama pada tahun 2010. Warna lampu notifikasi berbeza boleh ditetapkan bergantung kepada aplikasi tertentu. Kepada mereka yang tidak mahu ketinggalan notifikasi penting sistem ini amat diperlukan.
Sistem lampu notifkasi ini kini mungkin digantikan dengan sistem baru yang diberi nama Smart Glow pada Galaxt Note 7. Melalui Smart Glow, terdapat sistem lampu yang mengelilingi lensa kamera. Apabila notifikasi diterima, Smart Glow berbentuk bulat ini akan menyala. Seperti sistem lampu notifkasi sebelum ini, warna lampu boleh ditetapkan sendiri oleh pengguna bergantung kepada pengguna. Fungsi paling menarik Smart Glow ialah sebagai notifikasi untuk mengambil selfie menggunakan kamera belakang (Rear Cam Selfie) . Apabila ia dapat mengesan wajah pengguna, lampu Smart Glow akan menyala. Ini adalah jauh lebih membantu berbanding sistem bunyi yang diguna pakai sekarang. Selain itu ia juag boleh digunakan untuk memberi amaran bateri dan kuota internet hampir habis.