Elsa Speak – Membantu Anda Mengucap Perkataan Bahasa Inggeris Dengan Betul

Elsa Speak – Membantu Anda Mengucap Perkataan Bahasa Inggeris Dengan Betul

Diterbitkan pada June 20, 2016 oleh .

Pada hari ini, terdapat sejumlah aplikasi yang membantu dalam pengguna mempelajari sesuatu bahasa baru, tetapi tidak begitu memfokuskan kepada kaedah pertuturan dengan tepat. Mengenal-pasti masalah ini, kini salah satu aplikasi baru yang hadir ke pasaran adalah Elsa Speak.

Elsa Speak

Elsa Speak memfokuskan kepada bahasa Inggeris, dan ingin memudahkan para pengguna mempelajari kaedah menyebut dan bertutur dengan tepat.

Menggunakan Elsa Speak, pengguna akan diminta untuk membaca beberapa perkataan – dan seterusnya ia akan merakamkan pertuturan anda dan mengenal pasti sama ada ia adalah tepat ataupun sebaliknya.

Elsa Speak

Elsa Speak juga turut membolehkan anda memasukkan sesuatu perkataan dan mengetahui kaedah menyebutnya dengan betul.

Elsa Speak ditawarkan secara percuma untuk Android dan iPhone. Bagi anda yang berminat untuk menambah-baik pertuturan dan bacaan bahasa Inggeris dengan betul, mungkin boleh memuat-turunnya hari ini.

Muat-Turun Elsa Speak untuk Android

Muat-Turun Elsa Speak untuk iPhone


TIPS & ULASAN