Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat aplikasi Uber dan Grab yang membantu pengguna dalam membuat tempahan kenderaan dan teksi. Namun, ia kurang digemari oleh ramai pemandu teksi, dan ada yang memanggil perkhidmatan berkenaan sebagai kereta sapu.

Pihak kerajaan sendiri sedang dalam usaha memperkenalkan perundangan baru untuk mengatasi masalah ini.

GrabCar

Disamping itu, beberapa persatuan teksi telah mengumumkan bakal hadir dengan aplikasi mereka tersendiri, dan terkini Cab Auto Bus Sdn Bhd mengumumkan mereka bakal hadir dengan aplikasi tempahan teksi dinamakan 2Go sekitar bulan Ogos tahun ini.

Melalui aplikasi berkenaan, ia akan membolehkan pengguna membuat tempahan teksi dengan mudah. Untuk peringkat permulaan, Cab Auto Bus bekerjasama dengan lebih 15 persatuan teksi, dan mengatakan bakal melibatkan lebih 5,000 pemandu teksi.

Aplikasi sama juga dikatakan bakal menawarkan sokongan pembayaran menggunakan kad debit atau kredit, sekaligus membolehkan pengguna membayar tambang tanpa menggunakan wang tunai.

Aplikasi 2GO ini dikatakan bakal beroperasi bermula di Lembah Klang terlebih dahulu, sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd