Chatible – Bot Facebook Messenger Yang Membolehkan Anda Berbual Dengan Seseorang Secara Rawak

Chatible – Bot Facebook Messenger Yang Membolehkan Anda Berbual Dengan Seseorang Secara Rawak

Diterbitkan pada June 20, 2016 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan anda berbual dengan mereka yang tidak dikenali secara awanama. Terkini, dengan konsep yang sama, tetapi diintegrasikan terus pada Facebook Messenger adalah sebuah bot yang dinamakan sebagai Chatible.

Chatible

Melalui Chatible, ia menghubungkan dua pengguna untuk berbual pada tetingkap Chatible tanpa mendedahkan identiti masing-masing. Memandangkan ia menggunakan platform Messenger yang dikenali ramai, maka ia lebih menarik untuk digunakan dan tidak begitu janggal.

Buat masa ini, daripada percubaan kami sendiri, memandangkan Chatible masih baru dan lebih digunakan oleh mereka yang menggemari teknologi – maka pelbagai perbualan yang berlaku menerima respon yang matang dan tidak kebudak-budakan.

Namun, perkara tersebut tidak mustahil berubah dengan lebih ramai menggunakan bot Chatible ini.

Bagi anda yang berminat dan ingin meluangkan masa di Messenger, mungkin boleh menambah bot Chatible hari ini.

Tambah : Bot Chatible pada Facebook Messenger


TIPS & ULASAN