Xiaomi Menyertai Arena Perbankan Dan Kewangan

Xiaomi Menyertai Arena Perbankan Dan Kewangan

Diterbitkan pada June 20, 2016 oleh .

Xiaomi merupakan salah satu syarikat internet dari China yang sedia mengeluarkan peralatan elektronik daripada pelbagai kategori. Kini, mereka melangkah setapak kehadapan lagi dan turut menyertai arena perbankan dan kewangan.

Untuk membuka bank ini, Xiaomi bekerjasama dengan dua lagi syarikat China, iaitu Hongqi dan New Hope Group, selain lima pemegang saham yang lain. Bank berkenaan dikenali dengan nama Sichuan Hope Bank, dan nama akhirnya dalam bahasa Inggeris masih belum disahkan lagi.

Bank baru ini kelak akan mengambil kelebihan internet dalam menawarkan perkhidmatan mereka yang turut meliputi pelbagai perkhidmatan kewangan. Dengan nama Xiaomi, tidak mustahil kita melihat ramai peminat mereka yang muda untuk membuka akaun dalam bank berkenaan.

Bank ini dijangka akan beroperasi sepenuhnya sebelum penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN