Kerangka Ini Membolehkan Anda Memainkan Permainan Dari Katrij Game Boy Terus Di Peranti Android

Kerangka Ini Membolehkan Anda Memainkan Permainan Dari Katrij Game Boy Terus Di Peranti Android

Diterbitkan pada June 20, 2016 oleh .

Hyperkin merupakan salah satu pengeluar yang menawarkan aksesori untuk permainan video. Terkini, mereka turut hadir dengan sebuah kerangka khas untuk peranti Android, membolehkan pengguna memainkan permainan dari katrij Game Boy dan Game Boy Color melaluinya.

Hyperkin

Dinamakan sebagai Smart Boy Development Kit, ia kini boleh dipra-tempah, dan Hyperkin turut membuka peluang kepada para pembangun untuk membangunkan pelbagai penawaran mereka untuk penggunanya kelak.

Sebelum ini, Hyperkin hadir dengan idea produk berkenaan sebagai jenaka April Fool sahaja, tetapi disebabkan oleh permintaan yang tinggi, kini mereka merealisasikan produk berkenaan. Melalui halaman produk sendiri, Hyperkin turut membuka ruangan untuk para pembangun untuk terus menambah-baik penggunaannya, serta turut menawarkan royalti untuk tujuan berkenaan.


TIPS & ULASAN