Spotify Kini Mempunyai Lebih Daripada 100 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Spotify Kini Mempunyai Lebih Daripada 100 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Diterbitkan pada June 20, 2016 oleh .

Spotify merupakan perkhidmatan penstriman popular yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Walaupun menerima persaingan daripada Apple Music, Deezer, Play Music dan sebagainya, mereka masih kukuh, dan terkini ia dilihat mereka telah mempunyai lebih daripada 100 juta pengguna aktif bulanan.

Spotify

Spotify mempunyai penawaran berbayar dan juga percuma yang disokong iklan. Di Malaysia sendiri, Spotify sedia bekerjasama dengan pelbagai syarikat telekomunikasi dalam menawarkan perkhidmatan mereka. Selain itu, mereka juga mempunyai senarai artis dan muzik yang banyak – termasuk senarai lagu-lagu tempatan.

Spotify akhir-akhir ini dilihat lebih memfokuskan kepada menambah pelanggan berbayar dalam usaha menambah pendapatan mereka. Untuk memudahkannya, mereka turut hadir dengan beberapa alternatif, dan paling terbaru mereka dalam usaha menawarkan kad prabayar yang dijual di 7Eleven.


TIPS & ULASAN