Carian
Microsoft : Pelayar Web Edge Menawarkan Penggunaan Bateri Lebih Lama Berbanding Chrome
June 20, 2016 Aman

Microsoft bersama-sama dengan Windows 10 telah memperkenalkan pelayar web baru dinamakan Microsoft Edge. Sejak daripadanya, Microsoft telah memperkenalkan beberapa perkara baru pada pelayar web mereka, disamping turut memasarkannya kepada ramai pengguna supaya menggunakan ia dalam pelayaran web harian.

Terkini, Microsoft berkongsi mengatakan pengguna boleh mendapatkan masa penggunaan yang lebih lama melalui Microsoft Edge jikalau dibandingkan dengan pelayar web lain seperti Chrome, Firefox dan Opera.

Microsoft melaksanakan ujian mereka dalam beberapa kaedah. Melalui ujian pertama yang dilakukan oleh Microsoft untuk pelayaran web popular seprti Facebook, YouTube, Wikipedia, Amazon dan Google. Dalam ujian ini, Microsoft Edge memperlihatkan penawaran bateri antara 36% ke 53% lebih lama berbanding pelayar web lain seperti Chrome, Opera dan juga Firefox.

https://www.youtube.com/watch?v=rjrxOOfi54k

Disamping itu, Microsoft turut menguji dengan memainkan video beresolusi tinggi, dan memperlihatkan Microsoft Edge bertahan tiga jam lebih lama berbanding dengan Google Chrome.

Seperti ramai sedia maklum, Google Chrome memang menggunakan lebih banyak memori serta tenaga bateri berbanding yang lain. Tetapi ia agak mengejutkan melihat Microsoft Edge dapat mengatasi penggunaan bateri Opera dan juga Firefox.

Dengan perkembangan penggunaan peranti mudah-alih terutamanya komputer riba, ramai yang inginkan perisian yang menjimatkan tenaga. Memandangkan ramai menggunakan pelayar web sebagai perisian utama, kini ramai pembangun yang memfokuskan kepada fungsi penjimatan bateri.

Microsoft turut menekankan pengguna Windows 10 dapat melihat penggunaan tenaga yang lebih efisyen melalui Windows 10 Anniversary Update kelak.

Komen