Antaramuka Oculus Home Untuk Gear VR Dikemaskini

Antaramuka Oculus Home Untuk Gear VR Dikemaskini

Diterbitkan pada June 21, 2016 oleh .

Samsung Gear VR ialah peranti realiti maya yang mendapat sambutan menggalakkan dari pengguna. Setakat ini terdapat lebih sejuta pengguna aktif dan ia memberikan akses kepada kandungan realiti maya kepada pengguna peranti mudah alih. Sungguhpun berkongsi teknologi dengan Oculus Rift, antaramuka Oculus Home pada peranti ini jauh berbeza dari apa yang ditemui pada Rift.

Kemas kini terkini yang mula diterima beberapa pengguna menunjukkan perbezaan yang besar pada Oculus Home Gear VR. Ia kini menyerupai apa yang digunakan pemilik Rift. Pengguna dapat mengakses kandungan realiti maya di dalam sebuah ruang tamu yang besar. Perbezaan yang wujud hanyalah hub sosial untuk mencari teman yang turut memiliki Gear VR. Pengenalan antara muka ini diberikan secara berperingkat. Kepada pemilik Gear VR di Malaysia adakah anda sudah menerimanya?

Dengan penyeragaman antaramuka ini pengguna yang memiliki Gear VR dan Rift tidak akan merasa canggung apabila berubah antara platform. Rekaan antaramuka yang jauh lebih cantik ini juga akan membuatkan pengguna Gera VR lebih berminat menggunakannya dengan lebih lama.


TIPS & ULASAN