Cari @ Amanz

Perkhidmatan Grab baru-baru ini telah memperkenalkan GrabHitch yang membolehkan pengguna memberikan pelanggan untuk turut tumpang pemanduan mereka ke sesuatu lokasi, dan berkongsi tambang untuknya. Pada minggu lepas juga, Grab telah memperkenalkan sokongan GrabHitch antara Johor dan Singapura – sekaligus menjadikan ia ditawarkan antara negara.

Grab

Melalui GrabHicth antara Johor dan Singapura, ia membolehkan mereka yang berulang antara dua negara tersebut membuka ruangan kenderaan mereka untuk turut ditumpang yang lain – dan pada masa yang sama menjana wang untuk menampung kos tol dan minyak.

Kini, lanjutan daripadanya, pihak kerajaan Singapura mengatakan GrabHitch antara negara ini adalah melanggar peraturan mereka, dan juga di Malaysia. Perkongsian kereta secara percuma antara negara adalah sesuatu yang diterima, tetapi memandangkan ia melibatkan transaksi kewangan, maka perkara tersebut melanggar peraturan negara masing-masing.

Pihak Grab dikatakan kini dalam perbincangan dengan pihak berkuasa dalam menjayakan program GrabHitch antara negara ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd