Tapit – Kerangka Yang Memberikan Kekunci Fizikal Pada Peranti Sesentuh

Tapit – Kerangka Yang Memberikan Kekunci Fizikal Pada Peranti Sesentuh

Diterbitkan pada June 21, 2016 oleh .

Adakah anda masih merindui peranti dengan papan kekunci fizikal? Peranti Android dengan kekunci fizikal terlalu mahal buat anda? Tapit ialah kerangka yang memberikan kekunci fizikal pada peranti sesentuh. Ia adalah kerangka dengan penutup skrin lut sinar yang juga berfungsi sebagai papan kekunci. Apabila skrin tertutup, aplikasi khas Tapit akan memaparkan antaramuka khas untuk memudahkan penggunaannya.

Tapit-Kerangka-2Sebaik sahaja penutup dibuka dan dilipat ke belakang, antaramuka biasa peranti pintar anda akan kembali bagi membolehkan penggunaan skrin sesentuh. Kekunci Tapit juga boleh diprogramkan untuk menjadi butang pintasan pantas melancarkan aplikasi kegemaran pengguna. Selain fungsi kekunci fizikal, kerangka ini juga memberikan perlindungan hentakan apabila peranti terjatuh.

Buat masa ini kerangka Tapit hanya dihasilkan untuk peranti Samsung Galaxy S5, S6, S6 Edge, S7 dan S7 Edge. Pereka Tapit masih mengumpulkan dana melalui Kickstarter untuk penghasilan secara besar-besaran. Setiap kerangka dijual pada harga €35 (~RM 160) sebuah.


TIPS & ULASAN