Pada 22 Jun 2016 ini adalah hari Nuzul Quran, dan pada hari yang sama adalah cuti umum untuk beberapa buah negeri. Bersempena dengan cuti umum ini juga, pihak Tune Talk hadir dengan promosi khas yang menawarkan panggilan percuma tanpa had kepada semua pelanggan mereka.
TuneTalk menamakan promosi ini sebagai Tune Talk 24 Hour Talk Marathon, dan ia bermula daripada pukul 12.01 pagi 22 Jun 2016 ini sehingga 11.59 malam pada 22 Jun 2016. Promosi ini juga ditawarkan untuk semua pelanggan Tune Talk, Tone Excel dan juga Tone Plus. Melalui promosi ini, pengguna boleh menikmati panggilan suara percuma ke semua rangkaian ketika tempoh berkenaan.
Bagi anda yang menggunakan talian Tune Talk, Tone Excel atau Tone Plus, mungkin anda boleh mengecas peranti anda dan menikmati panggilan percuma tanpa had ke semua talian bermula tengah malam ini.
Starting this midnight, talk as long as you want to for the whole day because it's going to be FREE on ALL network 😄 pic.twitter.com/6lTJt5somK
— Tune Talk (@TuneTalk) June 21, 2016