Gambar Hasselblad X1D Tertiris – Bakal Diumumkan Secara Rasmi Esok

Gambar Hasselblad X1D Tertiris – Bakal Diumumkan Secara Rasmi Esok

Diterbitkan pada June 22, 2016 oleh .

Laman portal Petapixel berjaya menyiarkan kebocoran imej kamera ‘mirrorless Hasselblad terbaharu yang diberi nama Hasselblad X1D, kamera ‘mirrorless pertama di dunia! Terima kasih kepada sumber mereka yang tidak diketahui.

Mereka juga turut menerima dua imej beresolusi rendah yang memaparkan imej kamera tersebut secarah penuh dengan lensa H. Tampil dengan reka bentuk menarik, kemas, dan dikatakan tampak futusistik dengan mengekalkan sedikit elemen retro.

Hasselblad X1D

Pandangan hadapan kamera yang mendedahkan sensor besar yang dikatakan sama dengan sensor siri V mereka, CFV-50C dengan 50-megapiksel.

Hasselblad X1D

Turut kelihatan adalah dail hadapan dan butang pengatup. Manakala pada bahagian belakang pula terdapat paparan skrin LCD besar dan beberapa butang.

Reka bentuk menu pula tampak minimalis dan kemas dengan satu lagi dail di belakang.

Hasselblad X1D

Khabar angin sebelum ini menyebut akan kehadiran pembidik dan jelas kelihatan pembidik yang disebut-sebut cuma kami di AMANZ masih belum mendapat kepastian sama ada adakah ianya pembidik optikal atau elektronik.

Harga? Kami mengesyorkan para pembaca untuk bawa bertenang di bulan Ramadhan ini kerana ura-ura mengatakan bahawa jumlah wang yang perlu dikeluarkan daripada bank adalah bersamaan sekitar RM36289 (kadar tukaran 4.034). kepada yang dah berumah tangga, anda ada harapan, yang belum sila lupakan.

Walau bagaimanapun keseluruhan spesifikasi sebenar kamera bakal didedahkan esok, mungkin ini semua adalah khabar angina semata-mata termasuk harga yang mahal itu. Nantikan paparan langsung di laman Youtube Hasselblad.

Masih ada masa untuk berdoa untuk harga yang lebih murah. Amin.


TIPS & ULASAN