Cari @ Amanz

Twitter GamingTwitter telah sedia menyokong muat-naik video pada perkhidmatan mereka sejak sebelum ini, membolehkan pengguna memuat-naik video sehingga 30 saat pada platform mereka. Kini, dengan perkembangan dunia sosial yang membuatkan lebih ramai berkongsi video semakin panjang, kini Twitter turut meningkatkan saiz video yang disokong pada platform mereka.

Melalui kemaskini terbaru yang diumumkan Twitter, kini mereka menyokong kebolehan memuat-turun video sehingga 140 saat pada platform mereka. Ini sekaligus membolehkan pengguna hadir dengan pelbagai video kreatif lain dan lebih menggunakan Twitter dalam perkongsian video.

Pada masa yang sama, pihak Twitter turut menekankan beberapa penerbit mempunyai akses untuk memuat-naik video sehingga 10 minit pada platform mereka.

Disamping Twitter, mereka juga turut sedang menguji kebolehan untuk pengguna Vine memuat-naik video sehingga 140 saat pada platform mereka, dan tidak terhad kepada 6 saat seperti sedia ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd