Cari @ Amanz

Peranti Nexus ialah pilihan pengguna yang mementingkan kepantasan kemas kini, kestabilan sistem operasi dan jaminan sokongan yang lebih baik berbanding peranti Android lain. Ia mungkin tidak mempunyai pelbagai fungsi tambahan tetapi bagi pemilik ini adalah pengorbanan kecil dari peranti dipenuhi aplikasi gendut. Ramai yang percaya kemas kini akan terus diterima peranti Nexus dengan setiap versi baru Android. Ini adalah tidak benar dan Google baru sahaja mengeluarkan senarai sokongan peranti Nexus.

Nexus update kemas kini 1Senarai di atas menunjukkan tarikh akhir Google akan memberikan jaminan kemas kini versi perisian dan keselamatan. Jaminan kemas kini ke versi terkini sistem operasi ialah selama dua tahun. Jaminan kemas kini keselamatan ialah selama tiga tahun ataupun 18 bulan selepas ia berhenti dijual oleh Google. Kepada pengguna Android One dan Google Play Edition pula jaminan sokongan terhad kepada 18 bulan. Jaminan yang diberikan adalah agak singkat tetapi dari pengalaman peribadi ramai pengguna akan menukar peranti Android mereka setiap dua tahun. Apa pula pendapat anda? Adakah jaminan yang diberikan ini memadai?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd