Instagram Kini Mempunyai 500 Juta Pengguna

Instagram Kini Mempunyai 500 Juta Pengguna

Diterbitkan pada June 22, 2016 oleh .

Instagram kini mempunyai 500 Juta pengguna. Media sosial perkongsian gambar ini mengumumkan angka keramat ini pada blog rasmi mereka hari ini. Dari setengah billion pengguna, 300 Juta adalah pengguna aktif. Lebih dari 80% pengguna mereka pula duduk di luar Amerika Syarikat.

Mark Zuckerberg Instagram 500 jutaIni meletakkan Instagram sebagai antara media sosial paling popular di dunia di belakang Facebook dan WhatsApp yang kesemuanya di bawah empayar Mark Zuckerberg. Angka yang dicatatkan Instagram ini membanggakan tetapi masih jauh di belakang Facebook dengan 1.6 Billion pengguna dan WhatsApp dengan 1 Billion pengguna.


TIPS & ULASAN