(Ura-Ura) Xiaomi Redmi 4 Akan Diperkasakan Oleh Pemproses MediaTek Helio X20
Artikel Berkaitan

(Ura-Ura) Xiaomi Redmi 4 Akan Diperkasakan Oleh Pemproses MediaTek Helio X20

Diterbitkan pada June 23, 2016 oleh .

Peranti keluarga Redmi ialah pilihan mereka yang mahukan peranti yang berkemampuan sederhana dan dijual pada harga yang tidak menyebabkan defisit pada akaun bank. Tahun demi tahun ia mendapat sambutan menggalakkan dari pengguna dan kami sendiri merasakan Redmi Note 3 ialah antara peranti terbaik tahun ini walaupun dijual pada harga di bawah RM 1000. Seawal lima tahun yang lalu mendapatkan peranti yang baik pada harga ini adalah dianggap mustahil.

MediaTek Helio x20Xiaomi Redmi 4 kemungkinan besar akan dilancarkan tahun hadapan tetapi ura-ura spesifikasinya kini mula didengari. Ia mungkin akan diperkasakan oleh pemproses MediaTek Helio X20 yang mempunyai sepuluh teras. Ura-ura ini muncul selepas senarai baru peranti yang menggunakan peranti kelas tinggi MediaTek ini tertiris.

Pemproses MediaTek dahulunya mempunyai imej negatif tetapi sejak kebelakangan ini mula dilihat sebagai alternatif yang baik pada harga yang lebih mesra pengguna. Malahan ia sudah mula digunakan pengeluar lebih ternama seperti Sony dan HTC pada peranti mereka. Sama-samalah menanti kemunculan Redmi 4 pada tahun hadapan untuk mengetahui kebenaran ura-ura ini.


TIPS & ULASAN