VLC 2.0 Untuk Android Menyertakan Sokongan Memainkan Video Dalam Pop-Up

VLC 2.0 Untuk Android Menyertakan Sokongan Memainkan Video Dalam Pop-Up

Diterbitkan pada June 22, 2016 oleh .

VLC Media Player merupakan salah satu pemain media yang popular pada pelbagai platform. Terkini, pembangunnya telah mengeluarkan kemaskini baru untuk versi Android mereka, dimana melaluinya mereka menambah sejumlah fungsi baru pada pemain media percuma berkenaan.

VLC 2.0 Android

VLC 2.0 untuk Android kini hadir dengan sokongan playlist bagi memudahkan anda merancang apa yang ingin ditonton. Disamping itu, pengguna juga turut kini boleh memainkan video dalam bentuk pop-up, sekaligus memudahkan lagi anda membuat sesuatu tugasan lain dan pada masa yang sama menonton video berkenaan.

Satu lagi ciri menarik yang turut disertakan adalah kebolehan memuat-turun sarikata daripada OpenSubtitles secara terus melalui aplikasi VLC.

Bagi anda yang sering menonton video melalui peranti mudah-alih, sama ada telefon pintar atau tablet Android, anda kini boleh memuat-turun VLC 2.0 untuk Android dan menikmati video dengan lebih baik pada peranti anda.

Muat-Turun VLC Media Player untuk Android


TIPS & ULASAN