Cari @ Amanz

BlackBerry telah memperkenalkan sokongan panggilan video BBM untuk pengguna Android dan iPhone secara berperingkat sebelum ini, dan hari ini BlackBerry memperkenalkan fungsi panggilan video BBM tersebut secara rasminya untuk semua pengguna seluruh dunia.

BBM Video

Fungsi panggilan video BBM ini masih pada peringkat beta untuk Android dan iPhone buat masa ini. Sebelum ini, BlackBerry sedia memperkenalkan fungsi panggilan video mereka untuk pengguna BlackBerry 10.

Untuk menikmati fungsi panggilan video ini, pengguna Android memerlukan peranti dengan versi Android 4.4 dan terkini, ataupun untuk pengguna iPhone dengan versi iOS 8 dan terkini.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun BBM hari ini, dan menggunakannya dalam membuat panggilan video bersama rakan-rakan anda yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd