(Ura-Ura) Samsung Mungkin Melancarkan Galaxy Note 7 Variasi Edge Sahaja

(Ura-Ura) Samsung Mungkin Melancarkan Galaxy Note 7 Variasi Edge Sahaja

Diterbitkan pada June 22, 2016 oleh .

Samsung sejak beberapa peranti keluaran mereka yang lepas, mereka hadir dengan dua variasi tawaran – iaitu versi biasa dan juga dengan versi skrin melengkung pada tepi yang menggunakan nama Edge. Kini, mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Samsung mungkin akan hanya menawarkan Galaxy Note 7 dalam variasi skrin melengkung sahaja.

Samsung Galaxy Note 5

Mengikut apa yang kedengaran sebelum ini, Samsung Galaxy Note 7 dijangka menawarkan skrin melengkung pada kiri dan kanan seperti pada Galaxy S7 Edge. Disamping itu, ia turut dijangka hadir dengan memori sehingga 6GB RAM, dan bateri sehingga 4000mAh.

Samsung dijangka memperkenalkan peranti mereka pada 2 Ogos kelak, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya pada acara Samsung Unpacked akan datang.


TIPS & ULASAN