Carian
Dropbox Menambah Beberapa Fungsi Baru, Termasuk Mengimbas Dokumen Melalui iPhone
June 23, 2016 Aman

Dropbox merupakan salah satu penyedia perkhidmatan storan awan yang popular, dan menjadi fokus utama mereka untuk pengguna lebih menggunakan perkhidmatan mereka, memenuhkan ruangan storan dan melanggan perkhidmatan berbayar Dropbox.

Kini, dalam usaha menarik lebih ramai pengguna perusahaan, pihak Dropbox menambah beberapa ciri-ciri baru pada perkhidmatan mereka.

Dropbox iOS

Salah satunya adalah kebolehan untuk mengimbas dokumen menggunakan aplikasi iOS – dan seterusnya menyimpan ia terus ke storan Dropbox mereka. Melalui imbasan yang dilakukan, aplikasi Dropbox juga turut boleh mengenal-pasti pelbagai teks pada dokumen berkenaan yang akan memudahkan pengguna jika membuat carian pada kemudian hari.

Disamping itu, kini Dropbox untuk iOS memudahkan lagi pengguna untuk membuat dokumen Microsoft Office dengan mudah.

Selain untuk aplikasi iOS, pihak Dropbox turut memperkenalkan beberapa fungsi baru pada versi desktop mereka – termasuk kemudahan untuk berkongsi fail dengan rakan lain terus melalui desktop tanpa perlu melalui web.

Kebanyakkan fungsi ini ditujukan oleh Dropbox untuk pengguna perusahaan sahaja buat masa ini.

Komen