Huawei Dilaporkan Sedang Membangunkan Sistem Operasi Mudah-Alih Tersendiri

Huawei Dilaporkan Sedang Membangunkan Sistem Operasi Mudah-Alih Tersendiri

Diterbitkan pada June 23, 2016 oleh .

Huawei kini menduduki tangga ketiga dalam pengeluaran peranti mudah-alih didunia, hanya dibelakang Samsung dan Apple. Dari tahun ke tahun, mereka memperlihatkan penambah-baikkan yang sangat drastik dalam penawaran peranti mereka – terutamanya dalam rekaan dan binaan peranti Huawei.

Pada tahun lepas, mereka turut telah mengambil perekabentuk baru untuk hadir dengan evolusi antaramuka EMUI mereka, yang mana dijangka diperkenalkan pada tahun ini dibawah nama EMUI 5.0.

Huawei Mate 8

Disamping penambah-baikkan antaramuka EMUI untuk sistem operasi berasaskan Android, pihak Huawei turut dikatakan sedang membangunkan sistem operasi mudah-alih mereka tersendiri. Langkah ini dikatakan sebagai salah satu langkah berjaga-jaga sekiranya tiba-tiba pihak Google menghentikan sokongan untuk Android – dan tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada penawaran Google.

Walaubagaimanapun, pembangunan sistem operasi mudah-alih baru ini masih lagi pada peringkat awal, dan tidak diketahui sama ada ia akan diperkenalkan atau hanya diuji pada peringkat dalam syarikat mereka sahaja. Pelbagai info masih samar-samar, termasuk sama ada Huawei akan menggunakan Android sebagai asasnya, ataupun menggunakan platform yang serba baru seperti apa yang dilakukan oleh Samsung melalui Tizen.

Apa pun, memandangkan Google masih menyokong Android seperti biasa buat masa ini, mungkin kita akan melihat Huawei akan kekal dengan platform ini – apatah lagi ia bukan sesuatu yang mudah untuk menarik para pembangun membangunkan aplikasi mereka untuk suatu platform baru.


TIPS & ULASAN