Carian
CoWatch – Jam Tangan Pintar Dnegan Sistem Pembantu Maya Amazon Alexa
June 23, 2016 Effi Saharudin

Jam tangan pintar ialah aksesori yang masih belum dianggap perlu dimiliki kebanyakan pengguna. Jam tangan Apple Watch ialah juara di pasaran sekarang dan diikuti dengan hampir oleh peranti AndroidWear dan Pebble. Jenama jam tangan mewah seperti Tag Heuer juga kini tidak ketinggalan untuk menghasilkan jam tangan pintar mereka. CoWatch ialah sebuah lagi jam tangan pintar yang memasuki pasaran dan ia yang pertama menggunakan sistem pembantu maya Amazon Alexa.

CoWatch-Jam-Tangan-Pintar-2Jam tangan ini menggunakan sistem operasi Chronologics OS dan boleh ditambah kepada peranti iOS dan Android. Dari segi spesifkasi jam tangan yang diperbuat daripada logam dan seramik ini mempunyai skrin bulat 1.4″ SAMOLED dengan resolusi 400x 400 pixel. Diperkasakan pemproses 1.2 GHZ dua teras, RAM sebesar 1 Gigabyte dan storan sebesar 8 Gigabyte. Bateri yang disertakan mampu bertahan selama 32 jam. Ia turut dilengkapi pengimbas nadi, accelerometer dan girometer. CoWatch masih mengumpul dana menerusi IndieGogo dan boleh ditempah pada harga $229 (~RM 921) sebuah.

Komen