(Ura-Ura) Xiaomi Mi Note 2 Akan Hadir Dengan Versi Skrin Dwi Lengkung Dan Dwi Kamera

(Ura-Ura) Xiaomi Mi Note 2 Akan Hadir Dengan Versi Skrin Dwi Lengkung Dan Dwi Kamera

Diterbitkan pada June 23, 2016 oleh .

Skrin dwi lengkung ialah inovasi yang dimulakan oleh Samsung, Dengan skrin ini pelbagai fungsi tambahan boleh diletakkan pada bahagian tepi skrin. Sistem dwi kamera pula pertama kali kami lihat pada HTC Evo 3D dan kini boleh dilihat pada Huawei P9 dan mungkin pada Apple iPhone 7 Pro. Kini muncul ura-ura mengatakan Xiaomi juga tidak mahu ketinggalan dan akan menghasilkan versi Mi Note 2 yang mempunyai kedua-dua fungsi ini.

Xiaomi Mi NoteMenurut ura-ura ini Xiaomi Mi Note 2 dengan skrin dwi lengkung dan dwi kamera turut akan mempunyai sokongan pengecasan pantas. Terdapat juga versi dengan dengan skrin dwi lengkung dan satu kamera biasa pada panel belakang. Kepada yang mahukan rekaan lebih tradisional, versi dengan skrin biasa dan satu kamera pada panel belakang juga turut akan dihasilkan. Penggunaan skrin dwi lengkung pada peranti Xiaomi ini tidak mengejutkan kerana kami ada melaporkan berita Samsung akan membekalkan mereka dengan skrin lengkung Mac lalu.


TIPS & ULASAN