Perlawanan Akhir Liga ECS Counter-Strike Akan Ditayangkan Langsung Pada Penghujung Minggu Ini

Perlawanan Akhir Liga ECS Counter-Strike Akan Ditayangkan Langsung Pada Penghujung Minggu Ini

Diterbitkan pada June 23, 2016 oleh .

Astro sejak memperkenalkan saluran eGG Network yang memfokuskan e-sukan, mereka sering menyiarkan pelbagai perlawanan e-sukan secara langsung. Kini, untuk penghujung minggu ini, bermula 24 Jun hingga 26 Jun, Astro turut akan menyiarkan perlawanan akhir untuk eSports Championship Series – Counter-Strike (ECS-CS).

ECS Counter-Strike

eSports Championship Series – Counter-Strike (ECS-CS) akan memperlihatkan pelbagai pasukan e-sukan memfokuskan permainan Counter-Strike : Global Offensive untuk bersaing antara satu sama lain dalam usaha memenangi hadiah bernilai sehingga $3.5 juta.

Bagi anda yang berminat dengan permainan Counter-Strike, mungkin boleh mengikuti kejohanan ini pada saluran eGG Network di Astro bermula esok. Astro akan menawarkan siaran berkenaan secara langsung di saluran 808 dan juga di Astro On-The-Go.


TIPS & ULASAN