LINE Menyambut Ulang-Tahun Ke-5 – Menawarkan Panggilan Percuma LINE Out Untuk Semua

LINE Menyambut Ulang-Tahun Ke-5 – Menawarkan Panggilan Percuma LINE Out Untuk Semua

Diterbitkan pada June 23, 2016 oleh .

LINE merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang turut dilengkapi dengan sokongan panggilan suara. Disamping hanya menyokong panggilan antara pengguna LINE, pihak LINE turut menyediakan perkhidmatan LINE Out yang membolehkan pengguna membuat panggilan suara ke talian tetap dan mudah-alih seluruh dunia.

LINE Out

Hari ini, 23 Jun 2016, bersempena dengan ulang-tahun ke-5 LINE, pihak LINE menawarkan panggilan suara tanpa had secara percuma melalui LINE Out. Menggunakannya, anda boleh membuat panggilan kepada sebarang rakan-rakan anda dengan menggunakan perkhidmatan LINE.

Disamping panggilan percuma ini, pihak LINE turut menawarkan diskaun untuk pembelian LINE Stickers untuk hari ini.

Bagi anda yang menggunakan LINE dengan aktif, mungkin boleh mengambil kelebihan penawaran percuma LINE Out ini hari ini dan menguji penawaran mereka dalam membolehkan anda berhubung dengan rakan-rakan diseluruh dunia.


TIPS & ULASAN