HTC Memulakan Ujian Beta Penawaran HTC Sense Pada Peranti Android Lain
HTC

HTC Memulakan Ujian Beta Penawaran HTC Sense Pada Peranti Android Lain

Diterbitkan pada June 23, 2016 oleh .

HTC sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi HTC Zoe untuk peranti bukan HTC dan juga iPhone. Kini, ia dilihat HTC ingin membawa lebih aplikasi mereka kepada pengguna Android yang lain. Mengikut emel yang hadir ke arena web hari ini, ia dilihat HTC bakal turut menawarkan HTC Sense kepada pengguna Android lain tidak lama lagi.

HTC One M9

HTC Sense merupakan antaramuka yang dibangunkan oleh HTC dan digunakan pada peranti keluaran mereka – hadir dengan rekaan yang ringkas dan mudah digunakan. Daripada emel yang dihantar pihak HTC, mereka dilihat menguji penggunaan HTC Sense 8 yang diperkenalkan pada HTC 10.

Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak HTC akan memperkenalkan penawaran antaramuka mereka ini secara rasminya untuk pengguna Android. Dengan ujian beta yang telah dimulakan ini, tidak mustahil untuk kita melihat fail APK tertiris ataupun melihat ia dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN