Kini, Lebih 100 Juta Panggilan Suara Dilakukan Melalui WhatsApp Setiap Hari

Kini, Lebih 100 Juta Panggilan Suara Dilakukan Melalui WhatsApp Setiap Hari

Diterbitkan pada June 24, 2016 oleh .

WhatsApp merupakan perkhidmatan permesejan terkemuka yang digunakan oleh lebih 1 bilion pengguna seluruh dunia. Selain hanya permesejan teks, mereka turut telah memperkenalkan fungsi panggilan suara pada tahun lepas.

Terkini, berkongsi statistik semasa, WhatsApp mengatakan kini lebih kurang 100 juta panggilan suara dilakukan setiap hari. Secara puratanya, ia adalah sekitar 1100 panggilan berlaku melalui WhatsApp pada setiap saat.

Seperti ramai sedia maklum, panggilan suara melalui WhatsApp adalah sangat dioptimasikan dan ia tidak menggunakan data yang tinggi seperti beberapa penyedia lain.

WhatsApp Panggilan Video

Sebelum WhatsApp sendiri terdapat ramai penyedia yang menawarkan sokongan panggilan suara – termasuk yang popular seperti Skype. Namun, populariti WhatsApp dilihat memberikan saingan sengit kepada pelbagai penyedia lain dan dapat mencapai angka yang sangat tinggi ini dalam hanya kurang setahun.

Selain daripada panggilan suara, kini WhatsApp turut diperkatakan sedang membangunkan fungsi panggilan video yang mungkin diperkenalkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN