Pantech Sky IM-100 – Peranti Dengan Sistem Navigasi Beroda
Artikel Berkaitan

Pantech Sky IM-100 – Peranti Dengan Sistem Navigasi Beroda

Diterbitkan pada June 24, 2016 oleh .

Sistem navigasi beroda ataupun butang berputar jarang sekali dilihat pada peranti pintar.Kali terakhir sistem seperti ini digunakan ialah pada butang kawalan suara Marshall London yang muncul tahun lalu. Pantech Sky IM-100 ialah sebuah lagi peranti dari Korea Selatan yang menggunakan sistem butang kawalan beroda. Ia bukan sahaja digunakan untuk mengawal tahap kekuatan audio, tetapi boleh digunakan untuk mentatal gambar dan video di dalam galeri.
pantech-im-100-1 Dari segi spesifikasi peranti Android ini mempunyai skrin 5.2″ HD penuh, pemproses Snapdragon 430, dan RAM sebesar 2 Gigabyte. Kamera utama ialah sebesar 13 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel. Bateri 3000 mAh disertakan sebagai sumber kuasa. Peranti ini hadir dalam dua warna iaitu hitam dan putih. Sky IM-100 hadir dengan aksesori diberi nama Stone yang merupakan pengecas tanpa wayar merangkap pembesar suara Bluetooth. Harga jualan peranti dengan rekaan unik ini ialah 449000 Won (~RM 1559) sebuah. Harga yang mahal untuk peranti dengan spesifikasi kelas permulaan. Tetapi sekiranya anda mahukan kelainan inilah peranti untuk anda.

pantech-im-100-2


TIPS & ULASAN