Yuneec Typhoon H – Dron Dilengkapi Kamera Intel RealSense 3D

Yuneec Typhoon H – Dron Dilengkapi Kamera Intel RealSense 3D

Diterbitkan pada June 24, 2016 oleh .

Perkara paling menakutkan pemilik dron ialah pesawat mereka mengalami kemalangan ketika digunakan. Dron milik kami pernah beberapa kami terhempas sehingga beberapa bilah kipas terpaksa ditukar. Oleh itu sebelum terbang adalah baik bagi juruterbang untuk melihat kawasan sekeliling terlebih dahulu. Yuneec Typhoon H ialah sebuah dron yang cuba mengurangkan kerisauan pengguna ketika menerbangkannya. Ia dron pertama yang dilengkapi kamera Intel RealSense 3D dan ini sekaligus membolehkannya melihat dunia dengan lebih tepat.

Yuneed-Typhoon-H-1Ini adalah kerana kamera ini mampu mengimbas kawasan sekeliling bagi mendapatkan pandangan tiga dimensi. Typhoon H boleh mengelak sebarang halangan yang mungkin wujud dengan lebih bijak berbanding dron biasa. Dron enam kipas ini dilengkapi kamera yang mampu merakam video pada resolusi 4K 30 FPS dan 1080P 120 FPS. Alat kawalannya dilengkapi skrin sesentuh 7″ terbina. Tiada peranti pintar tambahan perlu disambung bagi membolehkan juruterbang melihat apa yang dirakamkan dron. Harga jualan Yuneec Typhoon H ialah $1899.99 (~RM 7517) sebuah.

Yuneed-Typhoon-H-2


TIPS & ULASAN